Profile Picture

Soleha Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Sastera Dengan Pendidikan (Universiti Sains Malaysia)

Kulai Jaya, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Selamat Sejahtera, saya Cikgu Soleha mempunyai kelulusan dalam bidang pendidikan iaitu Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Melayu SPM bagi calon SPM 2021 yang terlibat dengan program Empowerement NCER selama setahun. Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar subjek Sejarah bagi murid tingkatan 4 dan subjek Geografi bagi murid menengah rendah selama 6 bulan. Jika mahu tingkatkan prestasi anak anda dalam peperiksaan, boleh hubungi saya segera.
Teaching Method(s)
Saya menekankan bentuk pembelajaran berfokuskan murid. Sepanjang mengendalikan sesi pengajaran, saya akan berperanan sebagai fasilitator yang akan membimbing murid untuk menguasai topik pembelajaran. Saya berpendapat, bagi subjek Sejarah terutamanya, kaedah "Chalk and Talk" sangat tidak membantu murid untuk menguasi subjek tersebut kerana murid akan mudah mengantuk dan bosan. Oleh itu, bagi semua subjek yang saya kendalikan, saya akan fokuskan murid untuk melakukan aktiviti dalam kumpulan dan "Game Based Learning" agar murid tidak bosan dan sekaligus dapat menguasai topik pembelajaran yang hendak disampaikan. Di samping itu, saya juga menggunakan Alat Bantu Mengajar dalam bentuk video dan replika bagi membantu murid memahami penerangan yang diberikan berkaitan isi pembelajaran. Pemahaman dan penguasaan murid terhadap isi pembelajaran merupakan matlamat utama saya.
Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 6