mytutor_mobile
Profile Picture

Auni Nasuha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Pendidikan (pendidikan Sains) Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Pulai Chondong, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai pengalaman menjadi guru pelatih di sekolah rendah selama 3 bulan bagi subjek Matematik dan Sains bagi murid Tahap 2. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman sebagai admin pusat tuisyen bagi sekolah rendah selama setahun serta pernah menjadi guru tuisyen bagi subjek Sains dan Matematik.
Teknik Pengajaran
Berikut adalah antara strategi atau kaedah pengajaran yang akan diaplikasikan dalam kelas saya;

1)Ujian semasa hari pertama
Pelajar akan menjalani ujian ringkas bagi tujuan mengenalpasti tahap pelajar dalam subjek tersebut supaya saya dapat menentukan teknik pengajaran yang sesuai untuk diaplikasikan semasa proses pengajaran nanti.

2)Belajar Sambil Bermain
Saya akan banyak menerapkan teknik pembelajaran berasaskan permainan supaya pelajar merasa seronok semasa belajar seterusnya mereka dapat belajar pada tahap optimum.

3)Latih Tubi/Kuiz
Pelajar akan membuat latih tubi/ menjawab kuiz setiap kali tamat sesi pembelajaran supaya pelajar dapat menilai sendiri sejauhmana kefahaman mereka mengenai topik yang dipelajari.

4) Pembelajaran menggunakan alat teknologi dalam pendidikan
Saya akan banyak menggunakan alat teknologi seperti Youtube/powtoon untuk membantu saya menerangkan mengenai konsep atau topik pembelajaran bagi menarik tumpuan atau perhatian pelajar untuk terus mengikuti kelas bersama saya serta bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang akan mereka pelajari. Saya juga akan menggunakan kuiz interaktif seperti penggunaan platform Blooket/Quizziz/Kahoot sebagai latihan pengukuhan kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3