Profile Picture

Nur Faezah *******

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (History) With Hons / Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ipoh, Perak

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan.
Saya Cikgu Faezah, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di Universiti, saya telah menjalankan beberapa latihan mengajar yang digelar latihan Mengajar 1 (2 bulan) di SMK Dato Haji Ahmad Taib, Chemor dan Latihan Mengajar 2 (2 bulan) di SMK Raja Chulan Ipoh. Saya juga pernah berkhidmat di SMK Convent Ipoh sebagai guru ganti dan mengajar subjek Sejarah KSSM bagi tingkatan 4. Subjek Sejarah merupakan kepakaran saya bagi tahap Sekolah Menengah, dan saya berharap dapat memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak Tuan&Puan. Subjek Sejarah merupakan Subjek wajib lulus SPM, oleh itu teknik menjawab soalan Sejarah juga akan diberi perhatian terutama untuk pelajar menengah atas.

Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran yang akan digunakan adalah melalui medium atas talian (Online) dengan menggunakan platform Google Meet sahaja.
Hal ini akan memudahkan tutor dan juga ibu-bapa daripada perlu menghabiskan masa di atas jalan raya dan juga menjimatkan petrol.
Link Google Meet akan diberikan kepada ibu-bapa/pelajar 30 minit sebelum kelas bermula.

Kelas Google Meet akan dilaksanakan selama 1 Jam sahaja. Dimana di dalam 1 jam itu, terdapat beberapa teknik pengajaran yang akan dilakukan antaranya ialah:-
- Masa akan diberikan untuk pelajar cuba menjawab soalan yang diberikan oleh tutor
- Teknik Perbincangan dan Soal Jawab
- Penerangan tentang peristiwa Sejarah
- Teknik kelas online yang berkonsepkan perbincangan yang santai
- Pengajaran dengan memaparkan video berkenaan peristiwa Sejarah
Ratings and Reviews

Biana Walter : Sejarah

Caring and friendly

Subject
Subject School Level
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5