Profile Picture

Nurulhusna Hanisah *******

(Online)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Akaun Dan Bahasa Arab

Kota Tinggi, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Husna. Saya merupakan seorang pelajar universiti yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah dan undang-undang dan sering mengajar rakan-rakan saya bagi subjek yang mereka lemah. Saya berkebolehan untuk menjadi tutor yang berdedikasi walaupun tiada pengalaman dalam mendidik secara rasmi. Tambahan pula, saya juga seorang kakak yang mempunyai adik sekolah rendah dan sekolah menengah di mana saya menjadi guru secara tidak rasmi kepada adik-adik saya di rumah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam menyusun strategi kecemerlangan pelajar dan teknik-teknik mudah faham bagi memudahkan pelajar memahi suatu ilmu. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Membimbing pelajar adalah matlamat saya untuk mencapai suatu kejayaan. Oleh itu, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan dan kebolehan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Sesi perbincangan dan sumbang saran akan sering saya gunakan dalam mendidik supaya saya dapat mengetahui tahap kefahaman seorang pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Lukisan atau peta minda juga akan digunakan mengikut kepada kesesuaian subjek. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6
Matematik Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1
P. Islam Tingkatan 1