Profile Picture

Najihah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Universiti Malaysia Perlis (Unimap)

Yan, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Najihah. Saya merupakan seorang tutor yang terbaru di platform ini. Subjek matematik bagi saya sangat mudah jika diketahui teknik dalam proses jalan kerja bagi mendapatkan setiap jawapan yang diberikan. Saya bekas pelajar kejuruteraan elektronik komunikasi tidak boleh lari dalam subjek matematik sepanjang menuntut di zaman diploma dan ijazah meyakinkan anda bahawanya pentingnya penguasaan Matematik dari asas sehingga habis belajar sekalipun.Setiap orang mampu menguasai matematik jika difahami konsep dan pemahaman yang lebih teliti. Selain target membantu pelajar skor cemerlang dalam subjek ini, saya juga akan menitik beratkan soal tidak kira anda seorang ‘fast learner’ ataupun sebaliknya, asalkan fokus utama ialah lebih memahami setiap sub topik yang dibawakan. Jadi, saya akan membimbing anda dari zero to hero dalam subjek matematik. Jom belajar dengan saya.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan teknik sama seperti sekolah, iaitu kita akan berkenalan dahulu asas dan teori sub topik tersebut. Kemudian kita akan mengembara 1 demi 1 soalan. Memandangkan matematik memerlukan diri sendiri terkebih dahulu mencuba barulah saya akan bimbing bersama kesalahan apa yang pelajar lakukan dan perlu dibaiki. Sehinggalah dari merangkak hinggalah boleh terbang sendiri tanpa sayap dalam kuasai sub topik yang dibincangkan. Kelas kita semestinya tidak akan membosankan sebab pelajar sendiri akan minat dan sesuatu itu menjadi bosan disebabkan tidak faham. Matlamat saya dalam membantu pelajar kuasai ilmu matematik ini akan menjadi kenyataan sekiranya kita sama-sama usaha belajar, belajar, dan mahu memahaminya bersama.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6