Profile Picture

Nur Amirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Senibina Landskap (Kepujian)(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Amirah. Saya merupakan seorang arkitek landskap namun mempunyai minat untuk menjadi seorang pendidik. Subjek Matematik merupakan subjek major memandangkan ia subjek kepakaran saya, manakala bahasa Inggeris dan bahasa melayu merupakan subjek minor. Mempunyai pengalaman sebagai tutor kepada rakan seperjuangan menjadikan lebih berkeyakinan untuk menjadi seorang pendidik. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan adik-adik kerana saya mendidik mereka sebagai seorang kakak kepada adik. Kaedah ini membuatkan mereka lebih cepat faham akan sesuatu subjek. Saya seorang yang amat berdedikasi, proaktif dan senang bergaul supaya mereka dapat belajar dengan tenang dan selesa bersama saya. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda serta menggunakan aplikasi terkini seperti kahoot,quizizz merupakan kepakaran saya memandangkan generasi sekarang lebih gemar dengan pendekatan teknologi bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan adik-adik dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika, Darjah 6
Pendidikan Moral Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6