Profile Picture

Siti Rozana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kota belut, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Zana. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek pendidikan Islam merupakan major saya dalam dunia pendidikan. Saya telah menamatkan pengajian tertinggi saya iaitu Asasi pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada Oktober 2021. Sebelum itu saya menduduki SPM di Sekolah Menengah Islamiah Pantai Manis Papar. Saya pernah mengikuti pertandingan Ihtifal Ilmi Quiz di Sman Keningau pada tahun 2019 dan menjadi juara bagi wakil sekolah kami. Saya memohon jawatan ini kerana minat saya yang mendalam menuntut dan mengajar dalam bidang agama. Saya juga ingin membantu para ibubapa dalam meningkatkan ilmu anak-anak mereka dalam didikan ilmu agama juga dalam membentuk sahsiah diri mereka.
Teknik Pengajaran
Secara khususnya teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran yang perlu diteliti supaya dapat membantu mempercepatkan penanggapan murid. Pelbagai pendekatan yang saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Antara teknik pengajaran yang saya praktikkan adalah memberikan murid sumbang saran aktiviti perbincangan, demonstrasi dan memberikan penyelesaian masalah dalam suatu subjek tersebut. Di samping itu, saya juga menerapkan belajar sambil bermain untuk menggelakkan murid saya mengalami tekanan yang berat dalam menuntut ilmu.
Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Fardhu Ain Tadika
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2
Tauhid KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 5
Fekah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 5
Sirah KAFA - Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Membaca - BM Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Jawi Darjah 3
Hafazan KAFA - Darjah 4