mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Nurul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Unitar International University)

Rembau, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Siti . Saya merupakan seorang tutor dan pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman selama 1 tahun lebih dalam mendidik pelajar prasekolah dan sekolah rendah. Saya mengajar Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam untuk pelajar Prasekolah, manakala untuk sekolah rendah, Saya mengajar Subjek Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris bagi darjah 1 hingga darjah 3. Saya mempunyai pengalaman dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian dan pengalaman kerja dalam organisasi pendidikan. Saya juga mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjalankan kerja dengan baik dan bersemangat dalam mendidik pelajar menjadi pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berkeyakinan diri. Anda ingin anak anda skor cemerlang dalam pelajaran serta tingkatkan keyakinan diri anak anda?Sila hubungi saya Cikgu Ezzaty sekarang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 1 tahun lebih dalam organisasi pendidikan, saya dapat menerapkan teknik-teknik yang menarik kepada pelajar dan menilai keupayaan para pelajar dalam memahami setiap subjek yang diajar. Saya juga mengaplikasikan teknik mendidik sambil berhibur dalam mencapai objektif pembelajaran dan menarik perhatian pelajar supaya mudah memahami dan gembira ketika belajar. Bagi pelajar prasekolah saya menekan teknik bermain sambil belajar kerana kanak-kanak lebih memahami dan belajar dari apa yang mereka lihat, mencipta dan saya juga menekan pembelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Sebagai pendidik, melihat pelajar mencapai kecemerlangan merupakan kebahagian bagi saya dan ia merupakan visi saya sebagai pendidikan untuk melihat mereka terus maju jaya.
Penilaian & Maklumbalas

Intan Nur Danisyah : Prasekolah - 3M

Tq cikgu siti ajar anak saya dengan bagus. Pandai tackle anak yang berumur 3 tahun 😊

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Seni & Kraf Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1