Profile Picture

Azriel Hafny *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Computer Science (Networking) (Universiti Putra Malaysia)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Azriel Hafny, seorang pelajar sarjana muda di Universiti Putra Malaysia. Saya memiliki dedikasi yang tinggi dalam proses pembelajaran, yang telah menghasilkan prestasi cemerlang sepanjang perjalanan pendidikan saya dari tingkat Sekolah hingga Sarjana Muda. Sijil SPM saya mencatatkan 7A, termasuk 5A+ dalam Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Fizik, dan Islam, serta 1A dalam Addmaths dan 1A- dalam Bahasa Inggeris. Kejayaan saya juga tercermin melalui penghargaan Dekan yang saya terima di peringkat Asasi, dan kesinambungan kejayaan tersebut di peringkat Degree dengan memenangi Anugerah Dekan selama 5 semester. Saya memiliki keahlian dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan. Pengalaman saya dalam mengajar pelajar untuk mewujudkan impian mereka telah memberikan saya keyakinan dan kepuasan yang besar.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pendekatan pengajaran yang fleksibel, di mana saya mengadaptasikan teknik-teknik yang sesuai untuk setiap pelajar berdasarkan keselesaan mereka. Saya menggabungkan pelbagai pendekatan untuk memastikan pelajar mampu memahami ilmu yang diajar. Salah satu teknik yang saya selalu gunakan adalah visualisasi, di mana saya menggambarkan situasi tertentu dalam menyelesaikan masalah untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam tentang pelajaran tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 4, Tingkatan 5