Profile Picture

Nurul Astika *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science (Conservation Biology)

Petaling Jaya, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, saya Cikgu Nurul. Saya merupakan seorang pendidik di salah satu sekolah persendirian di Kota Damansara. Saya mempunyai pengalaman mengajar semenjak tahun 2014. Sebaik sahaja menamatkan pengajian SPM, saya mengambil peluang mengajar kanak-kanak sekolah rendah dalam pelbagai subjek, terutamanya Sains dan Matematik. Tidak lupa juga untuk subjek utama yang lain, saya juga berpengalaman mengajar subjek teras yang lain iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, saya meneruskan minat saya dengan mengajar murid sekolah menengah subjek-subjek teras termasuklah Sains dan Matematik. Kini, saya berhijrah dari negeri kelahiran saya, Sabah ke Semenanjung Malaysia untuk meneruskan cita-cita saya menjadi seorang guru di sebuah sekolah persendirian. Saya berpeluang mengajar subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu kepada para kanak-kanak seawal enam tahun mengikut sukatan pelajaran antarabangsa (Cambridge) kepada pelajar pra-sekolah dan juga kanak-kanak di peringkat sekolah rendah (Primary 1 - Primary 5).
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik yang berbeza untuk mengajar kanak-kanak mengikut usia dan perkembangan mereka.

Bagi kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, teknik yang saya gunakan ialah teknik pengajaran (hands-on activity), dimana murid-murid akan diberikan aktiviti menarik, sebaik sahaja selesainya memberi penerangan berkaitan sesuatu topik.

Berbeza dengan murid sekolah rendah dan menengah, saya akan lebih menggunakan teknik penguasaan objektif pembelajaran dengan memfokuskan penggunaan nota ringkas yang padat dengan grafik agar pada pelajar lebih mudah untuk memahami konsep sebenar di dalam sesuatu topik, terutamanya bagi subjek Sains dan Matematik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Membaca - BI Tadika
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3