Profile Picture

Fadhlin Syahidah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Ketereh, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Syahidah. Saya merupakan jurusan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di bawah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya seorang yang sangat peramah terhadap murid. Saya akan memastikan setiap pembelajaran murid di dalam kelas saya akan faham dengan apa yang saya ajar. Saya juga akan memastikan murid berkelakuan yang baik ketika di dalam kelas saya. Saya berpengalaman mengajar di SMK Ismail Petra dan Maahad Pengajian Islam sebagai guru ganti subjek Sains dan Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 2 dan 3. Saya juga berpengalaman menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen swasta selama 1 tahun untuk subjek Matematik dan Sains sekolah rendah dan masih mengajar di sana sekarang. Saya juga mengajar murid secara online untuk tahun 2 subjek Sains. Latar belakang keluarga saya juga dikelilingi oleh pendidik. Saya akan meneruskan perjuangan ibu, abang dan adik saya yang menjadi seorang guru. Pilihan bijak semestinya yang tepat. Jadi nak anak cemerlang dalam pelajaran? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik latih tubi dan bersoal jawab dengan murid selepas pembelajaran tamat kerana untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid. Tujuannya untuk menarik minat murid dan mengekalkan perhatian. Teknik pengajaran mempunyai pelbagai cara tetapi saya menggunakan teknik berdasarkan keupayaan murid di dalam kelas. Pemilhan teknik bersoal jawab bukannya mudah akan tetapi ia adalah bentuk untuk mewujudkan interaksi antara saya dengan murid di dalam kelas. Kita boleh mengukur di akhir pembelajaran murid sama ada murid faham atau tidak. Saya akan memastikan murid terus faham dengan apa yang saya ajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 3, Darjah 5
Sains Darjah 3, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5