Profile Picture

Nur Fittrah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Human Sciences-english Language And Literature

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Sik, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya adalah seorang tutor yang sangat komited dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membantu pelajar meningkatkan tahap kecemerlangan mereka terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris. Di sebalik ketegasan saya sebagai seorang tutor, saya juga seorang yang mudah beradaptasi dengan para pelajar dan senang untuk bersikap ramah dengan mereka. Saya juga akan membantu dengan segala upaya saya untuk memastikan matlamat mereka seperti mendapat keputusan yang lebih cemerlang atau jadual dan teknik belajar yang lebih berkesan tercapai. Selain itu, sudah semestinya keselesaan dan keseronokan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi keutamaan saya. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan kaedah didik hibur di mana para pelajar akan tidak mudah berasa bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga akan lebih cenderung menekankan aspek tatabahasa kerana ianya asas dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga akan membantu mereka dalam membina ayat-ayat mudah tanpa kesalahan tatabahasa. Selain itu, saya juga akan berusaha meningkatkan kosa kata para pelajar dan melatih mereka dengan sebutan yang betul. Penyediaan nota-nota yang pelbagai bentuk dan berwarna warni juga akan disediakan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 3, Darjah 1