mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Safuan *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science (Biology And Biochemistry)

Universiti Sultan Zainal Abidin (Besut) (Telah Bergraduasi)

Bandar Tun Abdul Razak, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik anak bangsa terutamanya dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik samada di peringkat sekolah rendah mahupun peringkat sekolah menengah. Mempunyai pengalaman sebagai tutor dalam subjek Sains, Biologi dan Bahasa Inggeris. Sejajar dengan bidang pengajian saya sebelum ini dalam bidang Biologi Marin, Biologi dan Biokimia, saya meletakkan harapan tinggi agar ilmu yang diperoleh dapat diguna pakai dalam sesi pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar. Subjek kepakaran saya adalah subjek Sains dan Biologi.
Teknik Pengajaran
Setiap pelajar mempunyai kelebihan ataupun cara dan teknik belajar yang tersendiri. Saya mengaplikasikan teknik analisa dan pemerhatian ketika pembelajaran dalam kelas bagi mengenal pasti kelebihan mahupun kelemahan pelajar sebagai salah satu cara memilih langkah efektif bagi teknik pembelajaran pelajar berkenaan. Situasi dan keadaan belajar yang stress dan bosan dapat diatasi kerana saya akan menerapkan cara belajar teknik didik hibur dalam mencapai objektif ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Teknik latihan berskala bagi memastikan tahap kefahaman ketika sesi pembelajaran. Akhir sekali, teknik pengajaran berunsur motivasi untuk meningkatkan perasaan ingin belajar dalam prinsip menuntut ilmu bukan sahaja ketika di sekolah rendah ataupun sekolah menengah, malahan sepanjang hayat. Mahukan yang terbaik untuk anak anda? Pilihlah saya sebagai tutor anda.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 6