mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Norshazleen *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perbankan Dan Kewangan Islam

Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) (Sedang Belajar)

Sandakan, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aleen. Merupakan seorang pendidik yang baru berjinak-jinak untuk mendidik pelajar mencapai kejayaan yang diinginkan. Berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains adalah subjek major dan minor saya. Mempunyai kemahiran dalam menyusun modul pembelajaran supaya senang difahami oleh pelajar, serta meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab peperiksaan dengan tenang. Mengajarkan teknik yang berguna untuk dikuasai dalam memahami setiap topik pembelajaran dapat membantu pelajar untuk menjawab dengan cemerlang. Ingin meningkatkan keyakinan anak anda ? Boleh hubungi saya untuk hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman setahun dalam mendidik dan mengajar pelajar dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar tahun 2 sehingga tahun 5. Teknik pengajaran yang berteraskan modul dan sub topik mengikut peringkat tahun pelajar dapat membuatkan pelajar memahami setiap topik. Selain itu, saya juga mengaplikasikan teknik peta minda dan latihan ulangan untuk mengukuhkan lagi ingatan pelajar dalam memahami setiap tajuk yang diajar. Pelbagai kemahiran dan penerangan yang gunakan untuk menjadikan setiap apa yang diajar dan dilatih dapat difahami oleh pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 1