mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Shahidatul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pemasaran

Universiti Teknologi MARA (Kota Bharu) (Telah Bergraduasi)

Kampung Raja, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Saya Nur Shahidatul Shamirah binti Mohd Nordin. Saya merupakan lepasan DIPLOMA PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN/PENGAJARAN di Open University Malaysia Kota Bharu. Saya baru selesai praktikum di Sektor Menengah bulan November 2023 selama 3 bulan. Saya praktikum dalam mengajar Prinsip Akaun Tingkatan 4 dan Sejarah Tingkatan 3. Manakala sebelum ini saya sudah menjadi guru ganti lebih kurang 2 bulan untuk pelajar Darjah 1 hingga Darjah 6 terutama dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Saya juga suka menerapkan nilai murni dan menanam sifat tanggungjawab, rajin, cakna, kreatif, kerjasama kepada pelajar dengan memberi nasihat dan motivasi daripada pengalaman saya selama saya menjadi pelajar lepas. In sha Allah dengan saya, selain bantu mencapai kefahaman pelajar namun saya juga akan bantu kendiri pelajar dari segi softskill.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran:

1) Aktiviti PAK21
Ekoran pendidikan masa kini mengetengahkan dan berpusatkan pelajar dimana melibatkan aktiviti pelajar lebih daripada guru, saya menggunakan aktiviti ini tetapi bergantung kepada topik dan subjek yang bersesuaian untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran.

2) Latihan Tubi
Demikian untuk mengukuhkan kefahaman para pelajar, melatih pelajar untuk menjawab soalan terutama soalan KBAT amat penting. Ia dapat mencungkil pendapat, dan pelajar dinilai daripada membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ini juga mampu membantu mengukur aras daya tinggi para pelajar apabila berada di luar dunia terutama waktu kerja.

3) Tips Kefahaman
Selama saya mengajar, saya gemar memberikan tips untuk pelajar dalam sesuatu subjek. Contohnya DUTI dalam Prinsip Akaun Tingkatan 4 sebagai shortform untuk mengingati items akaun dalam perakauanan.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 1
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 1
Sejarah Tingkatan 3
Matematik Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1