Profile Picture

Sharifah Anis *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) di Kuala Lumpur. Pengalaman saya dalam bidang pendidikan sudahpun menginjak kepada tahun yang ke-5 di mana pelbagai saya program & pengajaran telah saya peroleh sewaktu di IPG mahupun di sekolah. Saya mempunyai pengalaman berpraktikal di sekolah rendah semasa Praktikum Fasa 1 selama 3 bulan dan kini sedang berpraktikal akhir di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur sebelum menghabiskan pengajian di IPG. Kepakaran saya adalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan saya merupakan guru pelatih dalam bidang Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Ilmu berkaitan dengan Bahasa Melayu sedikit sebanyak telah saya praktikkan dengan jayanya. Dalam pada masa yang sama, saya merupakan guru pelatih yang mempunyai pointer CGPA dekan pada setiap semester dan telahpun menerima pelbagai anugerah dekan di IPG. Melalui kecemerlangan saya sebagai seorang guru pelatih di IPG, saya dapat bawa dan berikan yang terbaik untuk anak-anak didik saya kelak.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang pelbagai telah saya praktikkan di mana kebiasaannya teknik pengajaran yang saya gunakan adalah bergantung kepada kebolehan dan kemampuan murid dalam setiap pembelajaran. Pada dasarnya, saya banyak mempraktikkan teknik pengajaran didik hibur, main peranan, tunjuk cara, main sambil belajar dan penyelesaian masalah. Kesemuanya bergantung kepada kesesuaian pelajar dalam pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 2