Profile Picture

Muhammad Firdaus *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Biomedical Science

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Ampang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang sangat periang dan mudah untuk bergaul dengan orang. Saya seorang yang peramah, berdedikasi dan proaktif. Saya suka apabila berinteraksi dengan orang lebih-lebih lagi dalam menyampaikan ilmu. Saya komited untuk memastikan pelajar bukan sahaja boleh mengingat, malah memahami isi kandungan pelajaran mereka kerana bagi saya, mengajar orang merupakan satu kepuasan. Saya merupakan pelajar yang cemerlang dari bangku sekolah hingga ke universiti. Walaupun saya sendiri merupakan seorang pelajar tahun akhir, saya yakin saya mampu untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan ilmu dan kebolehan saya untuk mengajar.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih kepada cara mudah untuk menghafal fakta-fakta dan kemudian diikuti dengan contoh-contoh harian supaya pelajar boleh kaitkan apa yang mereka pelajari dengan apa yang mereka lakukan setiap hari. Saya juga menggunakan pendekatan lagu dengan menukarkan lirik lagu yang terkenal dengan fakta-fakta sains supaya mudah mengingat. Penyediaan nota boleh diusahakan supaya pelajar tidak terlalu serabut untuk memahami buku teks sekolah yang susah difahami.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5