mytutor_mobile
Profile Picture

Noratikah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Architecture

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Cyberjaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nora. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman sepanjang dari zaman sekolah menengah (SPM), saya mengadakan kelas tutor selepas waktu sekolah tamat untuk membantu rakan-rakan lain lulus dalam SPM. Saya mendapat 9A1B dalam SPM manakala rakan-rakan semuanya lulus dan mendapat keputusan yang cemerlang juga. Subjek bahasa Sejarah, Melayu, Matematik, Seni Visual, Akaun, Inggeris merupakan subjek major saya, manakala sains dan matematik tambahan merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman dalam membantu pelajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Teknik pengajaran saya adalah menerapkan pemahaman yang mendalam terhadap subjek tertentu, dan membuat ringkasan ataupun peta minda supaya pelajar dapat memahami lebih mendalam.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Dewasa, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Dewasa, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 5, Darjah 6
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 5
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Dewasa, Darjah 6
MUET Dewasa
Akaun Dewasa
Matematik Dewasa
Seni & Kraf Darjah 6
Sains Darjah 6