mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Syahmie *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Bahasa Arab

Sekolah Menengah (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhd Syahmie. Saya masih meneruskan pengajian STPM sem 3 di SMKA Sheikh Haji Muhd Said. Saya mengambil jurusan agama seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Namun saya lebih berminat untuk mengajar subjek Bahasa Arab kerana saya juga merupakan seorang Guru Muda Bahasa Arab yang mengajar rakan-rakan sealiran di sekolah itu. Saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Arab pada Sem 1 dan Sem 2 STPM. Oleh itu, saya berniat untuk menyampaikan ilmu dengan seikhlas hati kepada pelajar-pelajar lain supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Arab
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan ialah pendekatan sebagai rakan. Hal ini kerana apabila mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar, kita akan lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan pelajar tersebut. Segala kekurangan pelajar tersebut dalam bidang bahasa arab dapat saya bantu supaya pelajar tersebut akan lebih mahir dalam Bahasa Arab. Saya akan memperbanyakkan komunikasi dalam bahasa arab supaya pelajar akan lebih yakin berkomunikasi dalam bahasa arab. Saya menggunakan teknik latih tubi dan ajuk hafaz bagi memantapkan pemahaman pelajar dalam bidang tatabahasa bahasa arab
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, KAFA - Darjah 5, STPM - Tingkatan 6, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Mengaji