mytutor_mobile
Profile Picture

Mufidah Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Sedang Belajar)

Kuala Berang, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pengajar mufidah atau lebih mesra dikenali sebagai fyda. Saya berkelulusan dalam ijazah sarjana muda bahasa arab komunikasi profesional di uitm shah alam. Saya gemar belajar dan saya sentiasa mendapat keputusan baik termasuk di alam universiti dengan memperoleh anugerah dekan pada semester yang lalu. Saya boleh mengajar bahasa arab dan pendidikan islam. Saya amat meminati subjek tersebut kerana ia merupakan subjek kegemaran saya. Saya juga mahir dalam mengajar al-quran dengan bacaan tajwid yang betul. Semasa di sekolah menengah, saya pernah mengikuti majlis tilawah alquran sehingga ke peringkat kebangsaan. Saya mengajar dengan membaca serta mengkaji dahulu, kemudian membuat rumusan supaya pelajar memahami subjek utama dalam setiap kuliah.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya biasa gunakan untuk mengaji adalah dengar dan betulkan bacaan dan sebutan mengikut hukum tajwid. Bagi yang baru belajar, teknik ulang dan ikut bacaan akan digunakan. Bagi bahagian akademik, saya akan menyuruh semula pelajar recap pelajaran dengan menggunakan aplikasi wordwall, quizziz serta youtube pada akhir pembelajaran. Saya juga akan menggunakan pendekatan perbincangan soalan - soalan peperiksaan atau latihan berkala supaya anak didikan saya tahu bagaimana cara untuk menjawab peperiksaan dengan betul dan mengaplikasikan topik yang mereka belajar dalam kelas. Saya percaya bahawa dengan pengalaman dalam pengajian saya, saya boleh membantu pelajar menjadi lebih berkesan. Saya juga akan cuba meningkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3