mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Aishah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Biologi

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Sedang Belajar)

Changlun, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Aishah. Saya merupakan pelajar di UiTM Arau dan memiliki latar belakang dalam bidang Sarjana Muda Sains Biologi. Saya fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Saya adalah seorang yang terperinci dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu tugasan. Namun, saya juga mempunyai sisi yang ceria untuk mengambil hati pelajar saya. Saya pernah mempunyai pengalaman menjadi tutor dan babysitter secara persendirian semasa cuti semester. Saya akan cuba yang terbaik untuk memastikan pelajar saya belajar dalam kondisi yang positif dan ceria. Saya juga berharap usaha saya dapat meningkatkan lagi kemahiran pelajar dalam setiap ilmu yang saya sampaikan.
Teknik Pengajaran
Teknik yang gemar saya gunakan :
1. Teknik peta minda/flash cards untuk memudahkan segala isi penting dapat dicatit dan diingat dengan lebih mudah
2. Penggunaan nota berwarna supaya pelajar lebih tertarik untuk menimba ilmu baharu
3. Memberi penerangan kepada setiap pertanyaan supaya pelajar dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas
4. Membantu pelajar memahami dan menyiapkan tugasan dengan lebih mudah
Subjek
Subjek Tahap
Seni & Kraf Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Seni Visual Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3