mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Azra *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Permaisuri, Terengganu

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Selamat datang ke profil saya! Nama saya Azra dan saya merupakan graduan dalam bidang kejuruteraan awam. Saya berpengalaman dalam menjawat jawatan sebagai guru ganti di bawah anjuran Mystep di sebuah sekolah menengah dalam opsyen Bahasa Melayu dan Matematik. Mengenali diri saya, saya seorang yang berperwatakan ceria dan bersemangat dalam memastikan pelajar memahami skop tugas dan pembelajaran yang dijalankan. Dengan pengalaman dalam bidang tuisyen selama lebih setahun, saya berpeluang untuk bekerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Sekiranya anda berumur 6-15 tahun yang sedang mencari tutor dalam subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains, jangan lupa untuk jadikan saya sebagai tenaga pengajar anda!
Teknik Pengajaran
Teknik pembelajaran yang digunakan adalah teknik sumbangsaran. Melalui teknik ini, pelajar akan dapat melontarkan idea dalam sesi pembelajaran dan menyumbangkan pendapat berkenaan dengan topik yang dipelajari. Selain itu, teknik permainan bahasa turut dilakukan bagi mewujudkan pelajaran bermakna sebagai alat alat dianogstik diantara pelajar dan tutor.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3