mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Nursuhana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Dakwah Dan Kepimpinan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Tawau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Suhana. Saya merupakan seorang pelajar lepasan UKM dalam jurusan pengajian Islam. Sejujurnya, bidang pengajian yang saya ambil di universiti tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Namun, saya boleh mengatakan bahawa saya mempunyai pengalaman dalam mendidik. Hal ini disebabkan saya pernah melalukan kerja sambilan sebagai seorang guru mengaji untuk peringkat dewasa. Selain itu, saya juga pernah menjadi guru ganti di SMK TAWAU pada tahun 2020 dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Teknik Pengajaran
Subjek yang saya ajar adalah berkaitan dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Untuk memudahkan pelajar saya mengingati formula dalam Bahasa Arab terutamanya, saya akan membina akronim untuk dihafal dan diingati oleh pelajar. Manakala untuk subjek Pendidikan Islam, saya lebih banyak menggunakan teknik menulis nota yang padat dan lebih mudah difahami yang diambil daripada buku teks.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Tingkatan 3
Bahasa Arab Tingkatan 3