mytutor_mobile
Profile Picture

Farah Faqihah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak Kanak

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kuala Krai, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai saya Teacher Farah. Saya adalah seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Saya seorang yang ceria namun tegas apabila sedang mengajar. Ini kerana matlamat utama saya adalah untuk menerapkan ilmu pengetahuan baharu dalam diri kanak-kanak yang saya ajarkan. Walaupun ini kali pertama saya akan mengajar secara rasmi, saya telah menjalani banyak program berkaitan dengan sesi pengajaran bersama kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas. Justeru dengan pengalaman yang saya ada selama hampir 3 tahun menuntut di IPGMKTAA ini, saya yakin saya akan buat yang terbaik untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak murid saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Secara umum, teknik pengajaran yang akan saya guna untuk pengajaran kali ini adalah melalui aktivit pengajaran secara langsung berdasarkan strategi penggunaan bahan yang pelbagai serta penerapan konsep belajar sambil bermain. Ini kerana major pendidikan saya adalah tertumpu pada kanak-kanak maka selogiknya pengajaran saya akan penuh dengan warna warni dengan kepelbagaian bahan. Namun jika diajar secara atas talian, maka sesi pengajaran akan sering berlangsung menggunakan teknik permainan dan pengajaran secara maya yakni seperti penggunaan Canva dan Google Site.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Sains Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1