Profile Picture

Rabiatul 'adawiyah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Agama

Sekolah Menengah (Sedang Belajar)

Bukit Rambai, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar lepasan STPM (masih menunggu keputusan). Saya belum berpeluang mempunyai pengalaman mengajar secara bertauliah, namun saya seorang pendidik tidak bertauliah di rumah mengajar adik yang masih bersekolah. Saya seorang pendidik yang bersemangat dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang terbaik. Saya cuba sedaya upaya untuk memastikan anak didik saya mencapai objektif pengajaran dengan jayanya. Saya juga mahir dalam menjadikan sesuatu topik yang bosan menjadi menarik. Mari saya bantu anda. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengaplikasikan beberapa teknik pdp yang menarik bergantung kepada tahap keupayaan anak didik saya. Antaranya mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, saya menerapkan/mencipta sesuatu akronim untuk membantu anak didik saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Untuk mempertajamkan lagi tahap kefahaman anak didik saya, teknik simulasi, soal jawab dan latihan pengukuhan/latih tubi turut dijalankan mengikut situasi.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 4, Darjah 5
Sejarah Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5