Profile Picture

Nur Elly *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Reka Bentuk Dan Teknologi & Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Tanah Merah, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Elly, saya adalah mahasiswi di Institut Pendidikan Guru. Subjek major saya ialah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan minor Bahasa Melayu. Saya telah mendapat anugerah pelajar Rentas praktikum fasa 1 dengan memegang pointer sebanyak 3.97. Saya juga mahir dalam menyusun dan memilih strategi PdP yang bersesuai dengan murid. Bukan itu sahaja dalam masa yang sama saya turut menggunakan BBM yang menarik dan mampu merangsang minat murid untuk memberi tumpuan sewaktu belajar. Selain itu saya juga pernah menjadi guru personal terhadap pelajar SPM dalam mengasah dan membimbing murid tersebut untuk menghasilkan karangan yang baik. Saya merupakan seorang tutor yang ceria namun tegas serta bersemangat dan bersedia membantu anak didik saya untuk memastikan anak didik saya mendapat input pembelajaran yang sepatutnya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaeda berpusatkan murid dan berpusatkan bahan agar murid tidak mudah bosan dan melalui sendiri pengalaman bermakna yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Selain itu saya juga menggunakan kaedah didik hibur untuk menarik minat murid agar lebih fokus dalam pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 6, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5