mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Syafiqah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ekonomi

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Nilai, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hello saya Nur Syafiqah, seorang tutor yang berdedikasi. Saya seorang yang mesra dengan pelajar tapi ada tegasnya juga dalam mengajar. Saya seorang tutor yang berpengalaman mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dalam subjek Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar kelas mengaji Al-Quran untuk pelajar. Saya juga pakar dalam mendidik pelajar berjaya dan cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah. Saya suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Bukan itu sahaja, saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.Jika tuan/puan berminat untuk meningkatkan prestasi anak-anak tuan/puan, sila hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik yang saya gunakan untuk menarik minat pelajar-pelajar ialah secara hiburan dan santai bagi memudahkan pelajar untuk faham dan tidak mudah bosan. Juga memberi pendekatan tentang peta minda yang mudah untuk pelajar mengulangkaji pelajaran ketika musim peperiksaan. Saya juga menitik beratkan tentang aktiviti soal jawab agar pelajar saya dapat membuat lebih banyak latihan untuk memantapkan lagi fahaman mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 3